Tuesday, July 7, 2009

Forex Trading FAQ

Apakah dagangan matawang?

Permulaan yang mudah, setiap negara mempunyai matawang tersendiri. Ini berlaku apabila matawang negara tersebut di dagangkan dengan matawang yang lain pada kadar pertukaran yang lazim.

Bagaimana matawang didagangkan?

Setiap matawang didagangkan mengikut lot-lot. Setiap lot berbeza nilai matawang. Sebagai contoh: Lot Swiss Franc adalah 125,000 Swiss Franc. Seorang “trader” tidak akan membeli lot-lot tersebut dalam “order” untuk beli dan jual atau untuk “trade”. Seorang “trader” itu akan membuka akaun margin bagi membolehkan beliau hak untuk “trade”.

Apakah akaun margin?

Akaun margin adalah satu akaun bon. Ia seperti akaun simpanan. Sebelum anda “trade” anda dikehendaki meletakan sejumlah wang yang dipanggil sebagai akaun margin. Anda memberi jaminan kepada “trader” lain yang anda boleh membayar sekiranya anda kerugian. Akaun ini akan dikawal oleh broker anda. Ia akan memerhati akaun anda apabila anda “trade” Ia biasanya tidak akan membenarkan anda kepada risiko yang lebih besar dari margin anda. Akaun margin wujud kerana sekiranya anda mendapat keuntungan, mereka mempunyai tempat untuk menyimpan wang anda dan jika anda mengalami kerugian, mereka mempunyai tempat untuk mereka mengambil wang anda.

Bagaimana wang diperolehi dari dagangan matawang?

Matawang di dagangkan atas sistem “point” atau “pip”. Pip adalah perkataan untuk nilai dalam arena dagangan matawang. “Trader” akan cuba untuk mendapatkan “points”. Bergantung pada matawang, setiap “point” adalah berbeza nilainya.Contoh, British Pound yang nilai nya adalah $10 untuk setiap 1 lot. Jika anda mendapat 40 “points” untuk 1 lot, anda sudah mendapat $40 dan jika anda membuat “trade” untuk 10 lot dan mendapat 40 “points” anda sudah mendapat $4,000.00 dan seterusnya.

Apakah perbezaan diantara Niaga Hadapan dan FOREX?

Matawang adalah wang yang mewakili sistem kewangan dari pelbagai negara yang berbeza. Sebagai contoh, Yen Jepun, Canadian Dollar, Brazilian Real, Swiss Franc dan sebagainya. Niaga hadapan adalah matawang yang anda dagangkan tetapi anda dagangkan untuk hari ini tetapi untuk masa hadapan matawang tersebut. FOREX adalah dagangan sebenar untuk pertukaran dengan bank-bank. Semua dagangan dibuat oleh broker ataupun pembuat pasaran.

Adakah saya membeli matawang yang nyata apabila “trade”?

Tidak, dengan akaun margin anda, anda sebenarnya diberi hak untuk membeli dengan nilai yang banyak yang dipanggil lot. Setiap lot adalah berbeza bergantung pada matawang yang digunakan yang bergabung dengan US Dollar.

Apakah hari dagangan?

Hari dagangan adalah hari dimana seseorang “trader” itu membuat belian dan jualan pada hari yang sama. Beliau tidak membenarkan posisi “trading” beliau berganti hari untuk seminggu dan sebagainya.

Berapa peratus orang sebenarnya yang mendapat wang dari FOREX?

10% mendapat wang dan 90% kehilangan wang! Kenapa?

90% orang yang memasuki pasaran adalah orang yang berpandukan pada emosi seperti tamak dan takut. Meraka tidak mempunyai perancangan pengurusan yang baik dan hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai teknik untuk “trading”. Fakta itu adalah satu kelemahan dan kekurangan pendidikan mengawal keadaan dan wang mereka.

Kenapa golongan “Trader” professional mendapat begitu banyak wang?

Kebanyakkan “Trader” Professional adalah golongan 10% itu. Yang mendapat wang sebenarnya hanya 10% dan 90% lagi kehilangan wang mereka. Jika anda bayangkan, 90% yang kehilangan wang tadi membayar kepada 10% yang mendapat keuntungan tadi. Anda mampu mendapat jawapannya.

Bolehkah saya menjadi seorang “trader” yang berjaya?

Sudah tentu! “trading” adalah sesuatu kerjaya yang boleh dipelajari. Bagaimanapun ia tidak akan berlaku dalam masa semalaman atau dalam beberapa minggu sahaja. Anda mesti menerusi beberapa proses pembelajaran dan memerhati bagaimana golongan professional melakukannya. Secara amnya, kita banyak dipengaruhi oleh sumber-sumber yang mengatakan bahawa ianya senang. Jika ianya memang berlaku, kenapa kita masih lagi mendengar khabar seram yang menyatakan 90% adalah golongan yang kehilangan wang dan 10% lagi golongan yang memdapat wang dalam FOREX?

Adakah “trading” ini sebahagian dari perjudian?

Semua bentuk pelaburan dan dagangan boleh dikatakan sebagai perjudian seperti loteri, “roulette” ataupun pertaruhan. “Trader” mencari keuntungan atas kenaikan dan penurunan matawang manakala pelabur mencari keuntungan atas pelaburan. Kedua-duanya memerlukan pengiraan risiko dan meminimumkan dengan pengetahuan luas. Tetapi anda dikatakan berjudi jika anda tidak berpelajaran, tidak mengetahui cara untuk “trade”, tidak tahu mengawal perasaan ataupun secara melulu. Itu dikatakan berjudi.

Pengiraan risiko mesti dikira dalam semua pelaburan. Semua orang mempunyai risiko yang besar terhadap wang mereka dan bukan semua orang berjaya. Dalam simpanan rekod kejayaan sekali pun banyak yang tidak dapat memberi jaminan. Pelaburan adalah satu risiko yang mesti dihitung.

Pasaran FOREX juga tiada bezanya. Bila anda “trade” dan tidak tahu apa yang anda lakukan dan berada diluar pengetahuan anda, anda sebenarnya sedang berjudi. Bila anda “trade” selepas anda mempelajari dan memerhati dari program yang berjaya, atau dari seseorang “trader” yang berjaya anda sebenarnya mengambil langkah untuk mengurangkan risiko.

Bolehkah saya kehilangan semuanya bila “trading” FOREX?

Tidak Anda tidak akan kehilangan semua milik anda. Jika anda tidak berpengalaman anda akan kehilangan margin anda. Jika anda berpengalaman anda akan mendapat margin seseorang yang telah kehilangan margin mereka.

Mengapa kami tidak banyak dengar tentang FOREX?

Sumber-sumber yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa kira-kira 1.5 trilion dolar matawang diperdagangkan setiap hari di tukaran matawang asing. Majoriti nya adalah dari oleh pelabur-pelabur utama, bank-bank, institusi kewangan dan kerajaan-kerajaan. Berterima kasih kepada Internet, kerana banyak orang seperti kita mula belajar merebut peluang-peluang dan terlibat sekali dalam pasaran ini.

Bagaimana saya boleh mulakan?

Anda perlulah menjadi amat berhati-hati dan melaksanakan latihan yang wajar. Terdapat banyak firma-firma antarabangsa menawarkan pelbagai pembelajaran mengenai FOREX. Lihat dihadapan sebelum anda melompat. Buat kajian dan rujukan. Banyak syarikat yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal, ini bukan asas nya. Carilah syarikat yang tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Jika ia kedengaran agak baik, ia sebenarnya adalah syarikat yang mempunyai reputasi.

Awas pada sistem “Kotak Hitam”. Ia melanggar peraturan FTC kepada mana-mana firma yang menjanjikan peningkatan perstasi pada sebarang sistem. Apa yang anda boleh jamin dan tawarkan itukah kaedah dagangan mereka yang kukuh, produktif dan menguntungkan.

Keputusan “trading” tidak seharusnya dibuat oleh komputer sahaja. Seorang “trader” yang professional melakukan “trade” adalah seorang manusia, dengan emosi, gerak hati dan menggunakan otak untuk mentafsirkan apa yang komputer beritahu dia. Seorang “trader” professional juga adalah yang mendapat pelajaran, berdisiplin dalam hidup adalah peraturan yang digunakan dalam “trading” mereka.

Apakah kebaikan pertimbangan “trading”?

Kebaikan pertimbangan “trading” adalah berlawanan dengan Sistem Kotak Hitam. Ia adalah kefahaman pasaran yang sempurna dan menyebabkan perubahan persekitaran yang berterusan. Ia menggunakan kaedah “trading” yang berterusan dengan jelas. Jika seseorang “trader” itu mempunyai ilmu yang cukup, maknanya dia tidak mungkin akan masuk ke pasaran secara melulu. Dia akan sentiasa mempunyai fokus dan targetnya sendiri.

Berapa banyak wang yang boleh saya hasilkan?

Sekiranya anda menyertai sebuah syarikat yang menawarkan pelajaran dan pementoran yang baik, anda boleh menjangkakan satu rancangan prestasi kewangan. Perancangan anda akan bergantung kepada berapa jumlah untuk dimulakan, bagaimana pengetahuan anda, dan sejauh manakah kesabaran anda.

Jangan sesekali masuk ke pasaran tanpa mengkaji terlebih dahulu, kerana ia akan membahayakan wang anda. Apabila anda mempunyai rekod kejayaan sebelumnya, dan berjaya membuktikan yang anda mampu menjadi seorang “trader”, dengan itu, barulah anda boleh masuk ke pasaran dengan wang anda sendiri.

Apakah kaitannya dengan emosi?

Jika ia melibatkan duit, maknanya ia akan melibatkan emosi juga. Ramai orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang “trading” tetapi masih lagi tidak dapat mengawal emosi.Emosi anda akan menjadi penghalang yang paling besar untuk anda berjaya dalam “trading”. Bukannya teknik. Untuk menjadi seorang “trader” yang berjaya, anda perlulah bijak mengawal emosi. Anda perlu “trade” secara logik. Ego kita akan mendorong kearah kejayaan 100% dalam satu masa, tetapi secara realitinya tidak ada seorang pun yang akan berjaya 100% dalam satu masa. Walaupun orang yang professional. “Trader” professional yang berjaya memahami bahawa pasaran adalah tentang logik bukanlah tentang emosi. Mereka “trade” secara logik, bukanlah secara emosi dan merekalah yang berjaya “trade” 10% dalam satu masa.

Adakah terdapat buku-buku untuk saya belajar sendiri?

Terdapat beratus-ratus buku yang boleh didapati di laman web kami dan kami mencadangkan agar anda membacanya. Walaubagaimanapun, tidak ada satu buku yang menulis tentang bagaimana untuk menjadi jutawan dalam masa satu malam, atau satu bulan. Kenapa? Kerana “trading” yang berjaya adalah satu proses, ia tidak akan berlaku dalam satu malam.

Pasaran terlalu luas dan kompleks. Beratus-ratus pengarang telah menulis buku mengenai ciri-ciri pasaran. Terlalu banyak untuk di ketahui.

Untuk berjaya dalam “trading”, anda mestilah memfokuskan satu atau dua jenis pasaran dan pakar dalam pasaran tersebut. Anda perlulah bijak membuat keputusan tentang yang mana untuk di “trade”, mendidik diri anda sendiri, dan fokus kepada pasaran tersebut.

Apa yang Institusi Pasaran “Trader” boleh lakukan untuk saya?

Anda boleh mulakan dengan satu penglibatan peribadi dengan sebuah syarikat bereputasi baik dan “trader” profesional yang berjaya. Kami akan memberi tunjuk ajar sehingga anda berjaya. Kami akan sediakan sokongan peribadi yang berterusan kepada anda, kajian, dan pembelajaran. Kami menawarkan kursus “trading” yang termaju supaya anda dapat membangun dan kami jamin kursus tersebut selama mungkin, jika ia tidak menepati jangkaan anda, kami akan membayar kembali kos kursus tersebut.

1 comment:

  1. Forex Trendy is a revolutionary program capable of recognizing the most PROFITABLE continuation chart patterns. It scans through all the charts, on all time frames and analyzes every prospective breakout.

    ReplyDelete